Warkahku.com | Tarikh Berkuat Kuasa: 25 Mac 2026
"Warkahku" merujuk kepada platform warkahku.com dan pemiliknya. "Affiliate" merujuk kepada individu yang telah berdaftar dan diluluskan untuk program ini. "Komisen" merujuk kepada bayaran yang dibuat kepada Affiliate berdasarkan jualan yang berjaya melalui link referral mereka.
Komisen dikira berdasarkan jualan bersih (selepas cukai) yang berjaya melalui link referral anda:
Cookie referral aktif selama 30 hari dari tarikh klik pertama. Jika pembeli membuat pembelian dalam tempoh 30 hari selepas mengklik link anda, komisen akan dikreditkan kepada anda.
Komisen akan dikreditkan ke dompet affiliate anda secara automatik apabila pembayaran pembeli disahkan oleh sistem dalam masa 24 jam selepas pembayaran diterima.
Jika pembeli membuat refund atau chargeback, komisen yang berkaitan akan ditarik balik dari dompet affiliate. Jika baki tidak mencukupi, jumlah tersebut akan ditolak daripada pengeluaran seterusnya.
Warkahku berhak menggantung atau menamatkan akaun affiliate pada bila-bila masa jika:
Affiliate bertanggungjawab sepenuhnya ke atas cukai pendapatan (jika berkenaan) hasil daripada komisen yang diterima. Warkahku tidak akan memotong atau menguruskan cukai bagi pihak Affiliate.
Maklumat peribadi Affiliate termasuk nombor IC dan maklumat bank adalah sulit dan hanya digunakan untuk tujuan pembayaran sahaja. Maklumat ini tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga tanpa persetujuan Affiliate.
Warkahku berhak meminda terma ini pada bila-bila masa. Affiliate akan dimaklumkan melalui emel sekurang-kurangnya 14 hari sebelum pindaan berkuat kuasa. Penggunaan berterusan platform ini dianggap sebagai penerimaan terma yang dikemaskini.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program affiliate, sila hubungi kami melalui emel atau WhatsApp yang tertera di laman utama Warkahku.
Dengan mendaftar, anda bersetuju dengan semua terma di atas.